Wednesday, March 2

Nak Gemukkan Pipi Cengkung?

Hai.. aku baru terbaca pasal petua nak gemukkan pipi cengkung.. sesaja je aku search pasal urutan muka terjumpa plak petua pasal pipi cengkung.. pelik jugak macam-macam petua ada.. tak salah pun.. asalkan tak merbahayakan nyawa.. daripada korang bazir duit suntik macam-macam kat muka baik try petua je.. biar lambat asalkan selamat.. yela bukan semua orang suka pipi cengkung ok.. ada sesetengah orang, dorang lagi suka pipi cengkung.. ala-ala model gitu.. tapi aku lagi suka pipi ada isi.. takde la sama rupa mayat.. barulah boleh beza.. 

Tapi.. tapi.. yang penting biar lah seimbang dengan ukur lilit tubuh badan ye.. jangan plak badan gemuk pipi kurus cengkung.. or badan kurus tapi pipi segebu pau mauripan.. aku share ni sebab ramai yang search pasal entry yang nak gemuk tu.. mesti ramai yang kurus singgah blog aku.. so ni untuk korang.. korang yang nak petua tu boleh baca kat sini.. jangan risau.. ni petua guna bahan semulajadi bukan suntik botox tau.. kalau aku yang cerita kang tertokok-tambah jadi merapu plak.. baik korang sendiri yang hadam.. ok dah tu jee.. selamat malam :)

Peranan Warna Dalam Kehidupan

Hai.. korang yang kat rumah dan ofis tuu.. hari ni pakai baju warna apa?? tetiba kann.. kesah sangat.. tak mungkin aku cenggitu.. aku bukan busy body.. lantak lah korang pakai warna apa pun.. cuma aku nak bagitahu ni.. tadi aku godek-godek fail terjumpa plak nota lama masa aku pergi ceramah zaman u dulu.. pasal peranan warna.. so nak share la dengan kengkorang.. warna mampu mempengaruhi mood korang tau..  

Hari ni hari rabu so aku share pasal hari rabu.. aci tak? esok-esok aku share hari lain plak.. kalau korang nak tau hari rabu ni sinonim dengan warna biru.. tapi hari ni aku pakai pink.. acane tuu? kena tukar baju kee.. Ok dah.. meh baca dulu.. kenapa biru??? kenapa rabu?? 

Rabu - Biru


Disarankan memakai pakaian berwarna biru kerana warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya. Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Boleh hadam ke tak? kesimpulannya, kalau pakai warna biru pada hari rabu korang akan lebih pandai bercakap dan yakin, idea mencurah-curah. So pakai lah biru.. apa tunggu lagi pergi tukar baju cepat !