Friday, February 19

Isteri - Surirumah vs Bekerjaya

Ramai yang beranggapan kehidupan sebagai surirumah ni best.. ye memang best pun.. tapi bukan la duduk goyang kaki je.. meh aku betulkan pesepsi korang.. sebab aku dulu pun ade pesepsi sebegitu.. rasa macam jadi surirumah ni best la duk umah je.. hoih! silap besar.. memang duduk rumah tapi kadang-kadang tak sempat duduk pun.. lagi-lagi yang dah ada anak.. merasuk la sensorang nak handle macam-macam. 

Dulu aku pun bekerja then lepas kahwin aku decide untuk pindah ikut suami ke selatan tanah air.. so aku berhenti kerja jadi surirumah sepenuh masa.. husband plak tak kisah aku nak kerja ke tak.. so selagi tak dapat kerja, bertapa la aku dalam rumah. Awal kahwin takde anak lagi apa ada hal.. tapi takde anak pun dah terasa bahangnya kegigihan seorang surirumah. 

Aku bela kucing 4 ekor dah macam malaun dah diri aku.. ni baru kucing.. belum lagi anak. Kucing aku bukan yang mahal ajet-ajet cool n diam elok baik budi pekerti tu.. kucing aku kutip je so sensorang buas-buas belaka tak pandai behave poo poo pun merata.. masa tu jugak aku rasa jam kat dinding tu bukan lagi berdetik tapi berpusing macam pariswheel kat funfair tu.. tak cukup tangan nak cekau.. aku kejar dorang dorang kejar aku balik.. bila dah dapat cekau tengok hari dah meninggi.. bergegas plak kena masak untuk husband balik makan tengah hari.

So aku boleh imagine mak-mak berlari kejar nk siap kan anak.. anak-anak lagi la banyak ragam, menangis meraung meronta.. letih weyh.. sebab aku dah merasai jaga anak sedara.. lagi-lagi yang lelaki.. kalau korang bekerja paling kurang dah lepas sedikit tanggungjawab, siang pengasuh yang jaga.. surirumah kena hadap 24 jam non- stop.. rutin yang sama. 

So kalau compare surirumah dan yang bekerja bagi aku semuanya sama.. takboleh kata alah surirumah je pun.. seronok la duk umah boleh rehat.. boleh delete ayat tu dalam benak korang siap-siap.. sebab memang sama letih.. semua ni based on pengalaman aku sendiri.. so respect each other and live happily la kan. 

Bagi mak-mak mertua plak tak payah la nak banding-banding.. setiap anak atau menantu ada kelebihan memasing.. kesian jugak kat menantu yang sendu sentap kena banding.. mahu tak merajuk.. sampai tak balik kampung bertahun-tahun. So berfikir sebelum berkata-kata. Banyak hati yang kena jaga. Ingat satu je.. kalau kita jaga hati orang, InshaAllah.. Allah akan jaga hati kita juga.

No comments:

Post a Comment