Wednesday, March 2

Peranan Warna Dalam Kehidupan

Hai.. korang yang kat rumah dan ofis tuu.. hari ni pakai baju warna apa?? tetiba kann.. kesah sangat.. tak mungkin aku cenggitu.. aku bukan busy body.. lantak lah korang pakai warna apa pun.. cuma aku nak bagitahu ni.. tadi aku godek-godek fail terjumpa plak nota lama masa aku pergi ceramah zaman u dulu.. pasal peranan warna.. so nak share la dengan kengkorang.. warna mampu mempengaruhi mood korang tau..  

Hari ni hari rabu so aku share pasal hari rabu.. aci tak? esok-esok aku share hari lain plak.. kalau korang nak tau hari rabu ni sinonim dengan warna biru.. tapi hari ni aku pakai pink.. acane tuu? kena tukar baju kee.. Ok dah.. meh baca dulu.. kenapa biru??? kenapa rabu?? 

Rabu - Biru


Disarankan memakai pakaian berwarna biru kerana warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya. Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Boleh hadam ke tak? kesimpulannya, kalau pakai warna biru pada hari rabu korang akan lebih pandai bercakap dan yakin, idea mencurah-curah. So pakai lah biru.. apa tunggu lagi pergi tukar baju cepat !


No comments:

Post a Comment