
Aku bukan lah jenis terlalu sensitif sampai semua benda nak terasa.. jenis hati kental.. aku cuma sensitif dengan husband je.. kalau dia tinggikan sikit suara boleh buat aku menangis tak memasal.. dengan orang lain aku rilex je.. tapi penah sekali soalan pasal bila nak ada baby ni buat aku menangis.. rasa macam kena hina mandul je.. hmm..
Sebelum kahwin aku dan husband tak penah fikir or bincang soal baby.. disebabkan kitorang tak bercinta pun so fokus lepas kahwin adalah untuk mengenali each other dan sesuaikan diri.. lepas nikah baru lah merasa date dan bercinta.. after setahun kahwin ni baru start fikir soal baby.. so normal bagi aku kalau orang baru setahun kahwin belum ada rezeki baby.. they have their own reasons.
Sepanjang setahun tu aku tak plan pape pun.. just do in natural way lah kan.. kalau tak sengaja terjadi aku dan husband terima dengan lapang dada.. kalau takde takpe.. sebab selepas setahun baru fikir nak fokus bebetul untuk ada baby.. so sekarang dah setahun berlalu.. selepas semua dah stabil aku sekarang try to conceive.. Doakan untuk aku ye..
Bila baca pengalaman kengkawan yang TTC aku naik risau.. sebab aku dah biarkan setahun berlalu tanpa usaha.. sekarang baru nak usaha.. hmm.. tak ke nanti lambat.. nak kata menyesal tak usaha awal-awal tak de plak.. sebab aku percaya Allah tu sebaik-baik perancang.. cuma sesak dengan orang sekeliling.. sebab sekarang dah start orang bertanya bila nak ada baby.. aku hanya mampu senyum je lah..
Buat rakan seperjuangan aku.. yang tengah try to conceive.. doa aku buat kalian agar tabah hadapi hidup dan mulut orang sekeliling.. sebenarnya kita ni okay and happy je kan.. percaya Allah sebaik-baik perancang,, tapi people around yang very take over care sangat.. so tak pe la.. tu tanda kita di sayangi mereka..
No comments:
Post a Comment